MAJLIS RESTU ILMU SPM 2023

29 Nov 2023

MAJLIS RESTU ILMU SPM 2023

Majlis Restu Ilmu SPM 2023 diadakan pada 13 Januari 2024 di Dewan Utama KIBLAH bagi meraikan 101 orang calon SPM 2023 yang akan mula menduduki peperiksaan SPM (Bertulis) dari 30 Januari hingga 6 Mac 2024. Majlis diisi dengan amanat Tuan Pengetua, pesanan Ketua Jabatan KSSM dan juga dari kaunselor KIBLAH. Turut menyerikan majlis adalah persembahan para calon SPM 2023 dan ucapan Ketua Pelajar. Sesi mohon restu guru berlangsung dalam suasana yang penuh beremosi, para pelajar memohon maaf serta restu para guru dan mengharapkan semua mendoakan mereka. Insya Allah, seluruh warga KIBLAH serta para ibu bapa dan penjaga akan sentiasa mendoakan kejayaan anda semua dunia dan akhirat.