PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH KIBLAH

Seluruh warga Sekolah Kiblah dengan ini berjanji akan memberikan perkhidmatan terbaik dalam:

  • Melaksanakan segala arahan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
  • Membentuk pasukan pengurusan yang kreatif, inovatif, proaktif dan mempunyai daya juang yang tinggi serta dihormati oleh semua pihak
  • Menyediakan layanan yang mesra dan bertanggungjawab kepada ibu, bapa, penjaga dan murid
  • Melestarikan pengajaran dan pembelajaran dengan optimum kepada semua murid
  • Memberi bimbingan ke arah kecerdasan mental dan fizikal bagi melahirkan insan yang seimbang jasmani, emosi, rohani dan intelek
  • Menumpukan kepada peningkatan pencapaian akademik, sahsiah diri dan kokurikulum dalam membentuk kemenjadian murid
  • Membimbing murid ke arah pembentukan sahsiah terpuji berorientasikan AlQuran dan AsSunnah
  • Mewujudkan suasana sekolah yang bersih, selamat serta mempunyai budaya penyayang